Thursday, January 1, 2009

Transgenesis

Transgenesis : Bisikan Rimba
Penulis : Amir Husaini
Harga : RM24.00

+++

Cerita bermula apabila seorang budak lelaki menegur seorang lelaki tua yang gemar bercakap dengan sebatang pohon kenanga. Lelaki itu membuka cerita dengan kisah pembunuhan seorang tauke balak oleh seorang gadis berambut hijau. Kemudian, dari situ ia membawa kepada Burraquzzaman seorang wartawan, Razilan; saksi utama kejadian, Prof Joned, Datuk Jay dan Datin Kay. Mereka semua ingin menjejaki si gadis berambut hijau yang menggelarkan dirinya sebagai Flora.

Perjalanan itu membuka kepada seribu satu rahsia yang telah tersimpan lama. Rahsia yang telah dipendam berbelas-belas tahun sehinggalah kepada rahsia yang tersimpan daripada zaman pasca Perang Dunia kedua. Ia bercerita bagaimana akibatnya jika manusia mahu melangkaui kuasa tuhan dan melanggar etika kemanusiaan dan batas agama.

Kata kuncinya adalah, "segala-galanya berkait antara satu sama lain,". Menurut 'pencerita', kisah ini sangat panjang. Walaubagaimanapun, dengan menutup kisah watak jahat utama, ia membuka kepada banyak lagi persoalan yang perlu dirungkaikan. Mungkin selepas ini ada sebuah dua lagi buku untuk menghuraikan semua perkaitan. Apa pun, buku ini sangat menarik untuk dibaca dan tidak terlalu sukar untuk difahami.

- Xara

0 Comments:

 

blogger templates |