Assalamualaikum,
kepada semua pembeli setia orenji harap dapat bersabar. Stok buku baru akan tiba dalam minggu ini.
Buku yang paling laris sirinya adalah buku Dunia Sains Aiman. Berapa kali tempahan telah dibuat tetapi stok masih tidak cukup. Ini menunjukkan buku ini mendapat perhatian dari semua golongan samada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Nantikan siri lain dalam buku dunia sains aiman dan buku-buku lainyang menarik tidak lama lagi.
sekian,
wassalam.
Monday, May 18, 2009
Buku Dunia Sains Aiman mendapat perhatian dari segenap usia
Posted by Faridatul at 2:45 PM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
senarai
| Last Update : 29 May 2009 Buku Kanak-Kanak | ||
![]() Sarah & Bunga Mawar RM17.00 | ![]() Sarah dan kasut Tumit Tinggi RM18.00 | ![]() Rahsia Kotak Ismah RM14.50 |
![]() Adli di Alam Fantasi: Menerobos Terowong Masa RM13.00 | ![]() Sahabat Kole Kacang: Misteri Banglo Lama RM13.50 | ![]() Young Aishah : Pindah Rumah RM15.00 |
![]() Komik-M: KecemprengMan #2 RM6.90 ![]() | ![]() Komik-M: Lili Lulu Lala #2 RM6.90 ![]() | ![]() Dear Yayah The Diary RM19.90 |
![]() Kartini Kembali RM14.00 ![]() | ![]() Young Aisyah: Buli RM13.50 ![]() | ![]() Adam Kecil: Bertarung Dengan Kerengga RM12.50 ![]() |
![]() Penyiasat Ekstrovert: Sesat Di Bukit Fraser RM12.50 ![]() | ![]() Hafalan Solat Delisa RM19.00 ![]() | ![]() Moga Bonda Disayang Allah RM22.00 ![]() |
![]() Dunia Sains Aiman : Dunia Semut RM13.50 Tiada Stok! | ![]() RM13.50 Tiada Stok! | ![]() Dunia Sains Aiman 5: Alam Ria Cuti Sekolah RM13.50 Tiada Stok! |
Buku Remaja | ||
![]() Memasak Itu Mudah 15.90 ![]() | ![]() Chef RM27.00 ![]() | ![]() Gerila RM29.00 ![]() |
![]() Budak Psikik 13.50 | ![]() Siri 3P: Hantu Legenda RM14.00 | ![]() Galaksi Muhsinin RM19.00 |
![]() Makrifat Cinta RM22.00 | Virus L RM16.00 | ![]() Transgenesis: Bisikan Rimba RM24.00 |
Buku Islamika | ||
![]() Jatuhnya Sebuah Tamadun RM23.00 | ![]() Pengemis sungai tigris RM15.00 | ![]() Penghuni Langit ketujuh RM15.00 |
![]() Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem RM26.90 Tiada Stok! | ![]() Khalid-Memburu Syahid RM32.90 | ![]() Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam RM26.90 Tiada Stok! |
![]() Sultan Muhammas al-Fateh RM24.00 | ![]() RM13.90 Tiada Stok! | ![]() Satu Allah 3 Aqidah RM17.00 |
Buku Motivasi | ||
![]() Psikologi Cinta RM19.00 | ![]() Sukses Dalam Karier Untuk Muslimah RM17.50 | |
![]() Rancang Hidup Rancang Wang RM18.00 | ![]() Miang-miang Lelaki RM16.00 | ![]() Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15.00 |
Bagaimana hendak membuat pesanan. Klik di sini - Pesanan
-
Posted by Faridatul at 3:14 PM 0 comments
Monday, March 2, 2009
Salahuddin Ayubi
Posted by sis_aflah at 2:35 PM 0 comments
Galaksi Muhsinin...
Sudah lama selesai membaca Galaksi Muhsinin. Antara novel sains fiksyen yang dijual di kedai online kami. Saya jarang membaca novel-novel bersifat sains fiksyen sebenarnya (walaupun saya lulusan sains..huhu). Tapi novel ini menarik minat saya selepas membaca blog penulisnya.
Saya sangat kagum apabila si penulis, Azrul bercerita bagaimana dia bermula dalam dunia penulisan. Pembacaannya tentang dunia peperangan sangat hebat.
Apabila membaca galaksi muhsinin, maka fahamlah saya bagaimana dia boleh menulis dengan begitu teliti. Babak-babak peperangan digambarkan dengan jelas dan pantas sehingga saya tidak sempat bosan. Semua itu bagai terbayang-bayang di kepala. Dan ia seperti sebuah filem yang di'pause' apabila berhenti membaca seketika. Unsur-unsur Islami yang diterapkan di dalam cerita makin menjadikan novel ini lebih menarik.
Insya Allah, anda tidak akan rugi jika memilikinya.
Posted by sis_aflah at 2:03 PM 0 comments
Friday, February 20, 2009
Buku Terbaru sudah sampai..
Assalamualaikum dan salam sejahtera;
Alhamdulillah, akhirnya buku yang diorder telah sampai setelah 2 minggu ternanti-nanti buku tersebut. Kelambatan kali ini "dimaafkan" kerana PTS sibuk berpindah ke tempat baru dan ada pula "missunderstood" antara saya dengan kak halimahtun. Tapi masalah tersebut telah selesai. Tak kesah la asalkan buku-buku ini sampai di rumah orenji. :-)
Antara buku-buku yang sampai..
1. Dunia Sains Aiman3 : Dunia Semut
2. Dunia Sains Aiman5 : Alam Ria Cuti Sekolah (order kali ke-2)
3. Virus L (order kali kedua dengan kuantiti sekali ganda dari sebelumnya.. permintaan tinggi!!)
4. Galaksi Muhsinin (order kali ke-2)
5. Kotak Rahsia Ismah
6. 31 Kisah Teladan: Penghuni Langit Ketujuh (order kali ke-2)
7. Komik-M: Shootz!
8. Komik-M: Orang Kuat
9. Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
10. Hamas: Pejuang Kota Suci BaitulMuqaddis
11. Alon Alone
12. Young Aisyah: Pindah Rumah
13. Sultan Muhammad Al-Fateh
Antara Buku yang diorder tetapi kehabisan stok di PTS
1. Salahuddin Al-Ayubi
2. Jatuhnya Sebuah Tamadun

Posted by Faridatul at 9:29 PM 0 comments
Sunday, February 1, 2009
Siri 3P. Kes 2 : Hantu Lagenda
Penulis : Yassin Rahmat
Harga : RM14.00
+++
Frasa "Don't judge a book by it's cover" benar-benar boleh digunakan untuk merujuk buku Siri 3P (Perjalanan Penyiasatan Prince) Kes 2 : Hantu Lagenda ini. Berbanding buku lain yang diterbitkan oleh PTS, cover buku ini tidak menarik. Keseluruhannya berwarna hitam dan hanya sedikit gambar di hadapannya. Itupun antara nampak dengan tidak.
"Penulis mesti membaca kisah penyiasatan Hajime Kendaichi," duga Cik Pari-pari dan ia dibenarkan dengan sedikit rujukan kes daripada siri terkenal tersebut.
Awalan ceritanya agak perlahan iaitu mengisahkan pertemuan Prince (perlu baca buku pertama untuk mengetahui kenapa watak utama bernama Prince) dengan Regina Anne lalu menubuhkan sebuah kumpulan penyiasatan bernama The Investigator. Kumpulan mereka turut disertai oleh Shazwan yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri.
Prince digambarkan seorang yang bijak membuat deduksi. Manakala Regina Anne pula berkeupayaan membaca minda dan digelar sebagai remaja psikometre.
Kumpulan mereka dibawa ke perkhemahan di Tasik Midori. Dalam perjalan pulang, bas yang disewa mereka mengalami kerosakkan dan menyebabkan mereka terpaksa bermalam di sebuah vila lama yang dijaga oleh Pak Man.
Pada awalannya tiada apa yang berlaku sehinggalah mereka ternampak dari luar vila, Mariam mati tergantung serta biliknya disimbahi darah merah. Walaubagaimanapun, ketika mereka tiba di bilk tersebut, mereka dapati bilik Mariam berada dalam keadaan bersih tanpa sebarang kesan darah.
Bagaimana pembunuh melarikan diri, menyembunyikan mayat Mariam serta membersihkan bilik menjadi persoalan.
Penerangan yang dibuat agak terperinci serta penyelesaiannya logik dan memuaskan hati. Turut disertakan ilustrasi yang membantu memudahkan pemahaman. Buku ini seronok untuk dibaca terutama bagi mereka yang menggemari kisah misteri dan penyiasatan seperti penyiasatan Conan, Hajime Kendaichi, Psikometre Eiji dan juga Sherlock Holmes!
Posted by xara at 11:36 PM 0 comments
Labels: Review
Dunia Sains Aiman: Alam Ria Cuti Sekolah
Penulis : Umi Kauthar Abdul Razak
Harga : RM13.50
+++
"Dunia Sains Aiman ini sangat menarik dan lucu. Akak baru belek-belek dan penat gelak. Penerangannya mengenai sains ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah," Cik Pari-pari giat mempromosi buku Aiman tersebut. Cik Dilah menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Selain promosi ringkas daripada mereka berdua, cover yang menarik juga menyebabkan saya akhirnya memilih sebuah buku daripada siri tersebut untuk dibaca. Terdapat dua buah buku dalam siri ini yang dibeli oleh Oren-ji iaitu kereta solar dan cuti sekolah. Saya memilih buku Siri Dunia Sains Aiman : Alam Ria Cuti Sekolah.
Buku ini menceritakan kisah berkenaan Aiman dan jirannya berbangsa Rusia iaitu Ivan dan Valentina menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu Ying Chun yang terletak di Tanjung Batu Rakit.
Terdapat banyak fakta sains yang disertakan dalam buku ini dan diterangkan menggunakan bahasa yang mudah. Aiman bercerita berkenaan planet Zuhrah, buruj, serta penjelasan mengenai bagaimana boleh mabuk kereta dari sudut sains. Manakala jirannya Valentina pula lebih menggemari sains Nutrisional Immunologi, iaitu salah satu cabang dalam bidang sains.
Di Tanjung Batu Rakit, mereka ditemukan dengan sepupu Ying Chun; William yang lasak serta kucingnya Tom yang gemuk dan manja. Mereka dibawa menjelajah ke Pulau Batu Rakit dan berpeluang menikmati banyak pengalaman baru.
Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bagi mendekatkan lagi mereka dengan dunia sains. Buku ini disertakan ilustrasi dan komik ringkas yang membantu pembacaan.
Posted by xara at 11:05 PM 0 comments
Labels: Review














































