Sunday, February 1, 2009

Siri 3P. Kes 2 : Hantu Lagenda

Kes 2: Hantu Legenda
Penulis : Yassin Rahmat
Harga : RM14.00

+++

Frasa "Don't judge a book by it's cover" benar-benar boleh digunakan untuk merujuk buku Siri 3P (Perjalanan Penyiasatan Prince) Kes 2 : Hantu Lagenda ini. Berbanding buku lain yang diterbitkan oleh PTS, cover buku ini tidak menarik. Keseluruhannya berwarna hitam dan hanya sedikit gambar di hadapannya. Itupun antara nampak dengan tidak.

"Penulis mesti membaca kisah penyiasatan Hajime Kendaichi," duga Cik Pari-pari dan ia dibenarkan dengan sedikit rujukan kes daripada siri terkenal tersebut.

Awalan ceritanya agak perlahan iaitu mengisahkan pertemuan Prince (perlu baca buku pertama untuk mengetahui kenapa watak utama bernama Prince) dengan Regina Anne lalu menubuhkan sebuah kumpulan penyiasatan bernama The Investigator. Kumpulan mereka turut disertai oleh Shazwan yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

Prince digambarkan seorang yang bijak membuat deduksi. Manakala Regina Anne pula berkeupayaan membaca minda dan digelar sebagai remaja psikometre.

Kumpulan mereka dibawa ke perkhemahan di Tasik Midori. Dalam perjalan pulang, bas yang disewa mereka mengalami kerosakkan dan menyebabkan mereka terpaksa bermalam di sebuah vila lama yang dijaga oleh Pak Man.

Pada awalannya tiada apa yang berlaku sehinggalah mereka ternampak dari luar vila, Mariam mati tergantung serta biliknya disimbahi darah merah. Walaubagaimanapun, ketika mereka tiba di bilk tersebut, mereka dapati bilik Mariam berada dalam keadaan bersih tanpa sebarang kesan darah.

Bagaimana pembunuh melarikan diri, menyembunyikan mayat Mariam serta membersihkan bilik menjadi persoalan.

Penerangan yang dibuat agak terperinci serta penyelesaiannya logik dan memuaskan hati. Turut disertakan ilustrasi yang membantu memudahkan pemahaman. Buku ini seronok untuk dibaca terutama bagi mereka yang menggemari kisah misteri dan penyiasatan seperti penyiasatan Conan, Hajime Kendaichi, Psikometre Eiji dan juga Sherlock Holmes!

0 Comments:

 

blogger templates |