Wednesday, January 28, 2009

Budak Psikik

Budak Psikik
Penulis : Ashadi Zain
Harga : RM13.50

+++

Pertama kali membaca buku Budak Psikik karangan Ashadi Zain, saya tersalah meneka usia watak utama. Barangkali disebabkan buku ini diletakkan bawah PTS Teen, saya menjangkakan watak utamanya berusia lingkungan 15-17 tahun. Sebaliknya, watak utamanya Aizad merupakan pelajar tahun dua di universiti.

Premis ceritanya agak menarik iaitu berkenaan Aizad yang dikurniakan kebolehan membaca fikiran dan mengetahui apa yang bakal terjadi. Perkembangan kuasa Aizad diceritakan dengan agak pantas. Mungkin disesuaikan dengan kategori remaja. Tetapi pada pendapat saya, cerita Budak Psikik ini boleh diperincikan lagi dan diletakkan bawah PTS Fortuna. Hehe.

Banyak persoalan tidak dijelaskan dalam buku ini yang mungkin akan diterangkan dalam siri seterusnya kerana apabila saya membuat carian di laman web PTS, terdapat beberapa lagi siri di bawah tajuk Budak Psikik seperti Dendam Hevignas, Gerak Hang Tuah dan Dendam Puteri Aisyah. Budak Psikik ini adalah buku pertama dalam sirinya.

Terdapat beberapa istilah yang diperkenalkan seperti dream awareness dan Rapid Eye Movement. Walaubagaimanapun ia disertakan dengan penjelasan yang mudah difahami.

Wednesday, January 14, 2009

Jualan dan trend

Secara tidak rasmi, saya mempunyai profesion baru sebagai jurujual buku. Setiap hari, saya akan membawa buku-buku jualan Oren-ji ke pejabat untuk dijual. Buku utama, tentulah buku Virus L.

Beberapa hari menjual dan saya dapat melihat trend di kalangan pembeli. Buku yang laris dan hampir sold out adalah buku Novel Sejarah sehingga memaksa Cik Pari-pari untuk menambah pesanan. Selain buku perihal sejarah, pembeli yang terdiri daripada kalangan bapa ini memilih buku himpunan kisah-kisah tauladan untuk anak lelaki mereka. Bagi anak perempuan pula, mereka cenderung untuk memilih buku Kotak Rahsia Ismah berbanding Siri Sarah kerana berpendapat cover Siri Sarah terlalu kebudak-budakan. Bagi pembeli perempuan, cover Siri Sarah menarik perhatian mereka untuk membeli buku tersebut.

Agak sukar untuk menjual buku genre sains fiksyen seperti Galaksi Mukhsinin dan Budak Psikik, meskipun buku Virus L menjuarai carta jualan. Mungkin disebabkan faktor novel tersebut hasil tulisan saya. Saya hanya berjaya menjual sebuah buku Galaksi Mukhsinin selepas menceritakan sedikit sebanyak sinopsis novel tersebut. Pengetahuan berkenaan bahan yang hendak dijual sangat membantu melariskan jualan.

Apa pun, kami sedang dalam proses untuk menambahkan koleksi buku. Buku yang berbeza genre mungkin akan laku pada sebilangan pembeli sasaran, dan sebaliknya pada pembeli lain. Kalian boleh mencadangkan tajuk-tajuk buku yang boleh ditambah dalam katalog kami. :)

+++
Baca komik jihad di sini hasil karya Icesoul

Friday, January 9, 2009

Buku telah tiba di stor

Assalamualaikum buat semua pengunjung Oren-ji. Dimaklumkan bahawa buku-buku telah tiba ke stor Oren-ji. Para pengunjung boleh memesan buku berdasarkan senarai yang disediakan. Review buku akan dinaikkan secara berperingkat.

Thursday, January 1, 2009

Galaksi Muhsinin

Galaksi Muhsinin
Penulis : Azrul Jaini
Harga : RM19.00

+++

Permulaan cerita ini agak mendatar sedikit, berbentuk esei-dialog yang menceritakan serba sedikit sejarah kerajaan Islam Andalusia serta disulami dengan barisan dialog yang juga mendatar. Namun ia tidak berpanjangan, sejurus sahaja memasukki bab yang seterusnya, ia menghidangkan pergerakan plot yang pantas dan mendebarkan. Kisah perang di angkasa mewarnai hampir setiap bab tanpa sempat bertangguh lagi.

Ya, itulah kekuatan novel Fiksyen Sains yang bergerak atas dasar peperangan di angkasa ini. Bermula dengan kesombongan Mahara Legion yang mahu menakluki seluruh galaksi termasuklah Galaksi Muhsini, menyebabkan berlakunya pertempuran hebat.

Jelas ternyata novel ini menyuntik unsur-unsur Islami secara bijak dan cermat. Meskipun beberapa ayat-ayat Qur'an disulamkan secara langsung, namun ia mengindahkan lagi novel ini.

Kotak Rahsia Ismah

Kotak Rahsia Ismah
Penulis : Anna Raihana
Harga : RM14.50

+++

Adiknya, Iffah merasakan Ismah akan menyebabkan kasih sayang ibu bapanya akan beralih arah. Bermacam-macam cara yang dibuat oleh Iffah supaya Ismah dibenci oleh keluarga dan kawan-kawannya di sekolah.

Ismah mempunyai sebuah kotak rahsia peninggalan neneknya. Hanya barang-barang dalam kotak itu yang menjadi kenangan Ismah kepada neneknya.

Dapatkah Ismah berbaik semula dengan Iffah? Ketahuilah kisah selanjutnya dalam Kotak Rahsia Ismah....

Budak Psikik

Budak Psikik
Penulis : Ashani Zain
Harga : RM13.50

+++

Tanpa disedari, Aizad dikurniakan satu kuasa misteri. Tiba-tiba, dia dapat membaca fikiran dan mengetahui apa yang bakal terjadi.

Kuasa itu membawa Aizad ke alam supraconscious yang menimbulkan seribu persoalan dalam dirinya.

Apakah AINI?
Siapa pula Maximus?
Apa kaitannya dengan MENSA dan Defense Intelligence Agency?

Siri ini akan membawa pembaca mengembara bersama Aizad di alam supraconscious yang tiada sempadan.

Rancang Hidup Rancang Wang

Rancang Hidup Rancang Wang
Penulis : Hamdy
Harga : RM18.00

+++

Konsep buku saya ialah "SATU BUKU CERITA SEMUA". Buku ini bertujuan untuk memberikan pasangan muda satu asas@foundation kehidupan dimana dengan membaca buku ini insyallah, pasangan muda akan mendapat perspektif rancang kehidupan secara keseluruhan didalam memulakan atau menjalani hidup. Ianya juga sesuai sehingga umur pertengahan 40an.

Terdapat 112 idea saya ketengahkan didalam aspek kehidupan:-

-Kehidupan
-Kerjaya
-Rancang Wang
-Pelaburan dan Perlindungan
-Membeli Rumah
-Mendidik Anak
-Konsep Rezeki.

-Hamdy

Miang-Miang Lelaki


Miang-Miang Lelaki (sepatutnya berisi)
Penulis : Hamdy
Harga : RM16.00

+++

Saya mendapati, tajuk buku miang itu menakutkan pembaca terutama para isteri. Saya mencadangkan para isteri membeli buku tersebut dan menghadiahkan kepada suami masing masing kerana ....

-isteri boleh mengetahui serba sedikit bab miang suami.
-mengingatkan semula tanggungjawab suami
-sekiranya suami kurang romantik, buku itu serba sedikit memberi beberapa cadangan romantik kepada isteri.

Buku ini menyentuh hampir kesemua persoalan, tanggungjawab dan tabiat-tabiat lelaki apabila memasuki fasa umur di atas di dalam 91 tajuk yang dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

1. Miang Miang Lelaki
2. Miang Lelaki Bertanggungjawab
3. Miang Miang Kepada Isteri
4. Miang Miang Berisi
5. Didik Remaja


dalam kata lain jika suami anda telah mengakhiri 30an atau memasuki 40an, then anda patut membeli buku itu. Insyallah ianya bernilai.


- Hamdy

Transgenesis

Transgenesis : Bisikan Rimba
Penulis : Amir Husaini
Harga : RM24.00

+++

Cerita bermula apabila seorang budak lelaki menegur seorang lelaki tua yang gemar bercakap dengan sebatang pohon kenanga. Lelaki itu membuka cerita dengan kisah pembunuhan seorang tauke balak oleh seorang gadis berambut hijau. Kemudian, dari situ ia membawa kepada Burraquzzaman seorang wartawan, Razilan; saksi utama kejadian, Prof Joned, Datuk Jay dan Datin Kay. Mereka semua ingin menjejaki si gadis berambut hijau yang menggelarkan dirinya sebagai Flora.

Perjalanan itu membuka kepada seribu satu rahsia yang telah tersimpan lama. Rahsia yang telah dipendam berbelas-belas tahun sehinggalah kepada rahsia yang tersimpan daripada zaman pasca Perang Dunia kedua. Ia bercerita bagaimana akibatnya jika manusia mahu melangkaui kuasa tuhan dan melanggar etika kemanusiaan dan batas agama.

Kata kuncinya adalah, "segala-galanya berkait antara satu sama lain,". Menurut 'pencerita', kisah ini sangat panjang. Walaubagaimanapun, dengan menutup kisah watak jahat utama, ia membuka kepada banyak lagi persoalan yang perlu dirungkaikan. Mungkin selepas ini ada sebuah dua lagi buku untuk menghuraikan semua perkaitan. Apa pun, buku ini sangat menarik untuk dibaca dan tidak terlalu sukar untuk difahami.

- Xara

Pengenalan Oren-ji

Selamat datang ke laman blog Orenji-Bookstore. Kami merupakan sebuah kedai buku online yang mensasarkan golongan kanak-kanak sehingga dewasa. Buku-buku yang dijual termasuklah buku kanak-kanak, buku cerita sejarah dan pelbagai variasi buku.

Kaedah pembelian:
Pembelian boleh dibuat melalui sms, telefon:

Faridah - 0192755388
Fadhilah - 0132425728
Azlin - 0133960274
Suri - 0172595061

ataupun emel ke oren_ji@yahoo.com

Kaedah pembayaran:
Pembayaran boleh dibuat pemindahan wang secara online ke akaun:
Noor Faridatul Ainun binti Zainal
Maybank : 162263271645

Kaedah penghantaran:
Penghantaran terus akan dihantar untuk kawasan sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang. Penghantaran akan dibuat melalui pos bagi kawasan lain.

 

blogger templates |