Wednesday, January 28, 2009

Budak Psikik

Budak Psikik
Penulis : Ashadi Zain
Harga : RM13.50

+++

Pertama kali membaca buku Budak Psikik karangan Ashadi Zain, saya tersalah meneka usia watak utama. Barangkali disebabkan buku ini diletakkan bawah PTS Teen, saya menjangkakan watak utamanya berusia lingkungan 15-17 tahun. Sebaliknya, watak utamanya Aizad merupakan pelajar tahun dua di universiti.

Premis ceritanya agak menarik iaitu berkenaan Aizad yang dikurniakan kebolehan membaca fikiran dan mengetahui apa yang bakal terjadi. Perkembangan kuasa Aizad diceritakan dengan agak pantas. Mungkin disesuaikan dengan kategori remaja. Tetapi pada pendapat saya, cerita Budak Psikik ini boleh diperincikan lagi dan diletakkan bawah PTS Fortuna. Hehe.

Banyak persoalan tidak dijelaskan dalam buku ini yang mungkin akan diterangkan dalam siri seterusnya kerana apabila saya membuat carian di laman web PTS, terdapat beberapa lagi siri di bawah tajuk Budak Psikik seperti Dendam Hevignas, Gerak Hang Tuah dan Dendam Puteri Aisyah. Budak Psikik ini adalah buku pertama dalam sirinya.

Terdapat beberapa istilah yang diperkenalkan seperti dream awareness dan Rapid Eye Movement. Walaubagaimanapun ia disertakan dengan penjelasan yang mudah difahami.

0 Comments:

 

blogger templates |