Friday, February 20, 2009

Buku Terbaru sudah sampai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Alhamdulillah, akhirnya buku yang diorder telah sampai setelah 2 minggu ternanti-nanti buku tersebut. Kelambatan kali ini "dimaafkan" kerana PTS sibuk berpindah ke tempat baru dan ada pula "missunderstood" antara saya dengan kak halimahtun. Tapi masalah tersebut telah selesai. Tak kesah la asalkan buku-buku ini sampai di rumah orenji. :-)

Antara buku-buku yang sampai..

1. Dunia Sains Aiman3 : Dunia Semut
2. Dunia Sains Aiman5 : Alam Ria Cuti Sekolah (order kali ke-2)
3. Virus L (order kali kedua dengan kuantiti sekali ganda dari sebelumnya.. permintaan tinggi!!)
4. Galaksi Muhsinin (order kali ke-2)
5. Kotak Rahsia Ismah
6. 31 Kisah Teladan: Penghuni Langit Ketujuh (order kali ke-2)
7. Komik-M: Shootz!
8. Komik-M: Orang Kuat
9. Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
10. Hamas: Pejuang Kota Suci BaitulMuqaddis
11. Alon Alone
12. Young Aisyah: Pindah Rumah
13. Sultan Muhammad Al-Fateh

Antara Buku yang diorder tetapi kehabisan stok di PTS
1. Salahuddin Al-Ayubi
2. Jatuhnya Sebuah Tamadun



Tempahan boleh dibuat melalui email oren_ji@yahoo.com



Sunday, February 1, 2009

Siri 3P. Kes 2 : Hantu Lagenda

Kes 2: Hantu Legenda
Penulis : Yassin Rahmat
Harga : RM14.00

+++

Frasa "Don't judge a book by it's cover" benar-benar boleh digunakan untuk merujuk buku Siri 3P (Perjalanan Penyiasatan Prince) Kes 2 : Hantu Lagenda ini. Berbanding buku lain yang diterbitkan oleh PTS, cover buku ini tidak menarik. Keseluruhannya berwarna hitam dan hanya sedikit gambar di hadapannya. Itupun antara nampak dengan tidak.

"Penulis mesti membaca kisah penyiasatan Hajime Kendaichi," duga Cik Pari-pari dan ia dibenarkan dengan sedikit rujukan kes daripada siri terkenal tersebut.

Awalan ceritanya agak perlahan iaitu mengisahkan pertemuan Prince (perlu baca buku pertama untuk mengetahui kenapa watak utama bernama Prince) dengan Regina Anne lalu menubuhkan sebuah kumpulan penyiasatan bernama The Investigator. Kumpulan mereka turut disertai oleh Shazwan yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

Prince digambarkan seorang yang bijak membuat deduksi. Manakala Regina Anne pula berkeupayaan membaca minda dan digelar sebagai remaja psikometre.

Kumpulan mereka dibawa ke perkhemahan di Tasik Midori. Dalam perjalan pulang, bas yang disewa mereka mengalami kerosakkan dan menyebabkan mereka terpaksa bermalam di sebuah vila lama yang dijaga oleh Pak Man.

Pada awalannya tiada apa yang berlaku sehinggalah mereka ternampak dari luar vila, Mariam mati tergantung serta biliknya disimbahi darah merah. Walaubagaimanapun, ketika mereka tiba di bilk tersebut, mereka dapati bilik Mariam berada dalam keadaan bersih tanpa sebarang kesan darah.

Bagaimana pembunuh melarikan diri, menyembunyikan mayat Mariam serta membersihkan bilik menjadi persoalan.

Penerangan yang dibuat agak terperinci serta penyelesaiannya logik dan memuaskan hati. Turut disertakan ilustrasi yang membantu memudahkan pemahaman. Buku ini seronok untuk dibaca terutama bagi mereka yang menggemari kisah misteri dan penyiasatan seperti penyiasatan Conan, Hajime Kendaichi, Psikometre Eiji dan juga Sherlock Holmes!

Dunia Sains Aiman: Alam Ria Cuti Sekolah

Dunia Sains Aiman (Alam Ria Cuti Sekolah)
Penulis : Umi Kauthar Abdul Razak
Harga : RM13.50

+++

"Dunia Sains Aiman ini sangat menarik dan lucu. Akak baru belek-belek dan penat gelak. Penerangannya mengenai sains ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah," Cik Pari-pari giat mempromosi buku Aiman tersebut. Cik Dilah menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Selain promosi ringkas daripada mereka berdua, cover yang menarik juga menyebabkan saya akhirnya memilih sebuah buku daripada siri tersebut untuk dibaca. Terdapat dua buah buku dalam siri ini yang dibeli oleh Oren-ji iaitu kereta solar dan cuti sekolah. Saya memilih buku Siri Dunia Sains Aiman : Alam Ria Cuti Sekolah.

Buku ini menceritakan kisah berkenaan Aiman dan jirannya berbangsa Rusia iaitu Ivan dan Valentina menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu Ying Chun yang terletak di Tanjung Batu Rakit.

Terdapat banyak fakta sains yang disertakan dalam buku ini dan diterangkan menggunakan bahasa yang mudah. Aiman bercerita berkenaan planet Zuhrah, buruj, serta penjelasan mengenai bagaimana boleh mabuk kereta dari sudut sains. Manakala jirannya Valentina pula lebih menggemari sains Nutrisional Immunologi, iaitu salah satu cabang dalam bidang sains.

Di Tanjung Batu Rakit, mereka ditemukan dengan sepupu Ying Chun; William yang lasak serta kucingnya Tom yang gemuk dan manja. Mereka dibawa menjelajah ke Pulau Batu Rakit dan berpeluang menikmati banyak pengalaman baru.

Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bagi mendekatkan lagi mereka dengan dunia sains. Buku ini disertakan ilustrasi dan komik ringkas yang membantu pembacaan.

Reviu bookmark

Oleh sebab ramai yang bertanya berkenaan goodies, pihak Oren-ji telah merekabentuk bookmark yang akan diberikan kepada para pelanggan Oren-ji. Warna oren menjadi pilihan kerana bersesuaian dengan nama kedai kami iaitu Oren-ji yang bermaksud oren dalam bahasa Jepun.

Walaubagaimanapun, maaf kepada pelanggan yang kurang meminati corak floral kerana kami hanya akan mencetak satu rekabentuk sahaja. Bagi pelanggan yang telah menerima buku, boleh juga menuntut bookmark ini apabila ia siap dicetak kelak.

Senarai buku akan dikemaskini kerana buku-buku baru telah diterima semalam. Terdapat tajuk-tajuk yang menarik seperti Siri Dunia Sains Aiman, Salahudin Ayubi dan juga Umar Al-Khatab. Reviu buku akan dinaikkan secara berperingkat.

 

blogger templates |