Monday, March 2, 2009

Salahuddin Ayubi

Pak Latip berjaya mengangkat kisah tokoh pahlawan terkemuka ini dengan baik. Tidak jemu membaca kisahnya. Sesekali air mata bagai mahu menitis apabila mengenangkan betapa tokoh yang berani ini seorang yang sangat santun dan pemaaf terhadap musuh. Orang yang pernah merancang untuk membunuhnya dilayan seumpama tetamu istimewa. Diberinya makan minum kepada tawanan yang kelaparan dan dahaga.

Menakluk kembali Palestin dari tangan musuh Islam adalah cita-citanya yang tidak pernah padam. Dia raja yang lebih suka tinggal di khemah perang berbanding di istana mewah. Walaupun beliau pernah diuji dengan penyakit yang kronik tetapi akhirnya sembuh kerana didorong kuat oleh perasaan ingin bebaskan palestin.

Melalui buku ini, dapat diketahui apakah strategi-strategi peperangan yang diguna oleh Salahuddin. Setiap peperangan menggunakan strategi berbeza mengikut kesesuaian tempat dan kelemahan pihak musuh. Namun apa yang paling menarik ialah strategi yang digunakan sedikit pun tidak menganiaya musuh walaupun mereka peluang di hadapan mata. Begitu indahnya ajaran Islam, berperang tidak bermakna dibenarkan membuat kezaliman kepada sesama manusia dan makhluk lainnya.

Galaksi Muhsinin...

Sudah lama selesai membaca Galaksi Muhsinin. Antara novel sains fiksyen yang dijual di kedai online kami. Saya jarang membaca novel-novel bersifat sains fiksyen sebenarnya (walaupun saya lulusan sains..huhu). Tapi novel ini menarik minat saya selepas membaca blog penulisnya.

Saya sangat kagum apabila si penulis, Azrul bercerita bagaimana dia bermula dalam dunia penulisan. Pembacaannya tentang dunia peperangan sangat hebat.

Apabila membaca galaksi muhsinin, maka fahamlah saya bagaimana dia boleh menulis dengan begitu teliti. Babak-babak peperangan digambarkan dengan jelas dan pantas sehingga saya tidak sempat bosan. Semua itu bagai terbayang-bayang di kepala. Dan ia seperti sebuah filem yang di'pause' apabila berhenti membaca seketika. Unsur-unsur Islami yang diterapkan di dalam cerita makin menjadikan novel ini lebih menarik.

Insya Allah, anda tidak akan rugi jika memilikinya.

 

blogger templates |