Monday, March 2, 2009

Salahuddin Ayubi

Pak Latip berjaya mengangkat kisah tokoh pahlawan terkemuka ini dengan baik. Tidak jemu membaca kisahnya. Sesekali air mata bagai mahu menitis apabila mengenangkan betapa tokoh yang berani ini seorang yang sangat santun dan pemaaf terhadap musuh. Orang yang pernah merancang untuk membunuhnya dilayan seumpama tetamu istimewa. Diberinya makan minum kepada tawanan yang kelaparan dan dahaga.

Menakluk kembali Palestin dari tangan musuh Islam adalah cita-citanya yang tidak pernah padam. Dia raja yang lebih suka tinggal di khemah perang berbanding di istana mewah. Walaupun beliau pernah diuji dengan penyakit yang kronik tetapi akhirnya sembuh kerana didorong kuat oleh perasaan ingin bebaskan palestin.

Melalui buku ini, dapat diketahui apakah strategi-strategi peperangan yang diguna oleh Salahuddin. Setiap peperangan menggunakan strategi berbeza mengikut kesesuaian tempat dan kelemahan pihak musuh. Namun apa yang paling menarik ialah strategi yang digunakan sedikit pun tidak menganiaya musuh walaupun mereka peluang di hadapan mata. Begitu indahnya ajaran Islam, berperang tidak bermakna dibenarkan membuat kezaliman kepada sesama manusia dan makhluk lainnya.

0 Comments:

 

blogger templates |