Wednesday, January 14, 2009

Jualan dan trend

Secara tidak rasmi, saya mempunyai profesion baru sebagai jurujual buku. Setiap hari, saya akan membawa buku-buku jualan Oren-ji ke pejabat untuk dijual. Buku utama, tentulah buku Virus L.

Beberapa hari menjual dan saya dapat melihat trend di kalangan pembeli. Buku yang laris dan hampir sold out adalah buku Novel Sejarah sehingga memaksa Cik Pari-pari untuk menambah pesanan. Selain buku perihal sejarah, pembeli yang terdiri daripada kalangan bapa ini memilih buku himpunan kisah-kisah tauladan untuk anak lelaki mereka. Bagi anak perempuan pula, mereka cenderung untuk memilih buku Kotak Rahsia Ismah berbanding Siri Sarah kerana berpendapat cover Siri Sarah terlalu kebudak-budakan. Bagi pembeli perempuan, cover Siri Sarah menarik perhatian mereka untuk membeli buku tersebut.

Agak sukar untuk menjual buku genre sains fiksyen seperti Galaksi Mukhsinin dan Budak Psikik, meskipun buku Virus L menjuarai carta jualan. Mungkin disebabkan faktor novel tersebut hasil tulisan saya. Saya hanya berjaya menjual sebuah buku Galaksi Mukhsinin selepas menceritakan sedikit sebanyak sinopsis novel tersebut. Pengetahuan berkenaan bahan yang hendak dijual sangat membantu melariskan jualan.

Apa pun, kami sedang dalam proses untuk menambahkan koleksi buku. Buku yang berbeza genre mungkin akan laku pada sebilangan pembeli sasaran, dan sebaliknya pada pembeli lain. Kalian boleh mencadangkan tajuk-tajuk buku yang boleh ditambah dalam katalog kami. :)

+++
Baca komik jihad di sini hasil karya Icesoul

0 Comments:

 

blogger templates |